Tentang Kami
Ucaptama UAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya, Ustaz Abdullah Khairi, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pelanggan dan jemaah yang telah memilih UAK Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai teman musafir dalam menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci.
Perjalanan ini bukan sekadar pengembaraan fizikal, tetapi sebuah perjalanan rohani — menuju pengampunan, keinsafan dan kasih sayang Allah SWT. Kami di UAK Travel berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap jemaah mendapat bimbingan, keselesaan dan pengalaman terbaik, dengan harapan agar Umrah yang dilaksanakan diterima dan menjadi Umrah yang mabrur.
Doakan agar kami terus diberi kekuatan untuk berkhidmat dengan ikhlas dan amanah. Teruskan menyokong UAK Travel, dan insyaAllah, kita akan terus bersama dalam musafir penuh ibrah menuju redha Ilahi. Sekian,
Ustaz Abdullah Khairi
Pengasas & Penasihat UAK Travel & Tours Sdn. Bhd.
latarbelakang
UAK TRAVEL & TOURS SDN BHD
Diasaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi. Ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan Islamik yang tersusun, selesa dan berlandaskan syariah, UAK Travel menawarkan pakej Umrah, Ziarah dan percutian Muslim yang memberi nilai tambah kepada setiap musafir.
UAK Travel tidak hanya membawa jemaah melancong, tetapi membimbing mereka mencipta pengalaman rohani yang bermakna dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan kelebihan para asatizah dan Ustaz Abdullah Khairi sebagai ikon dakwah, setiap program diselitkan dengan pengisian ilmu, motivasi dan bimbingan spiritual sepanjang perjalanan.
Ibu pejabat beroperasi di Plot 25 Lot 2626 Jalan Lahar Yooi Lubuk Meriam 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
No. Pendaftaran SSM : 1267312-M
No. Lesen MOTAC : 9026
No. Keahlian MATTA : MA5736
4 NILAI TERAS

Setiap langkah perjalanan diurus dengan niat yang ikhlas, demi membantu para jemaah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kami percaya bahawa keberkatan Umrah bermula dengan niat dan kejujuran dalam perkhidmatan.

Mengurus setiap pelanggan dengan penuh integriti, amanah dan keprihatinan. Kami jaga setiap urusan — dari visa, penginapan, hingga mutawwif — dengan teliti dan profesional.

Melayan pelanggan seperti keluarga sendiri. Kami komited memberi layanan terbaik dengan sokongan menyeluruh sebelum, semasa dan selepas Umrah agar setiap jemaah rasa tenang dan selamat.

Perjalanan Umrah bukan sekadar fizikal, tetapi pengembaraan jiwa. Dengan pengisian ilmu, ceramah dan motivasi oleh Ustaz Abdullah Khairi serta mutawwif berpengalaman, kami bimbing setiap langkah jemaah menuju Umrah yang mabrur.
